526 ORANG CALON MENGIKUTI UPACARA PENERIMAAN KATEKUMEN

KENINGAU : Seramai 526 orang telah mengikuti Upacara Penerimaan Katekumen Peringkat Paroki KSFX. Upacara penerimaan in bertempat di Katedral St. Francis Xavier. Jumlah ini adalah jumlah keseluruhan katekumen dari 10 Zon dalam Paroki KSFX iaitu dari Zon Biah, Zon Senagang, Zon Magatang, Zon Bingkor, Zon Apin-apin, Zon Toboh Laut, Zon Menawo, Zon Liau, Zon Kapayan Baru dan Pusat KSFX sendiri. Upacara yang disempurnakan oleh Y.M Bishop Dtk. Cornelius Piong ini diadakan pada 23 Julai 2017.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.22 AM

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.24 AM

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.33 AM

Mengutip homili Y.M Bishop Dtk. Cornelius Piong semasa Upacara Penerimaan Katekumen, beliau mengingatkan semua umat terutama para katekumen yang baru menerima upacara agar tidak merasa hairan dan kecewa akan dunia ini apabila kejahatan tetap berlaku walaupun Tuhan itu ada. Kebaikan dan kejahatan sama-sama dibenarkan hadir di dunia ini dan dalam kehidupan kita kerana belas kasih Tuhan yang memberi peluang, ingin menyelamatkan kedua-duanya iaitu pelaku baik dan pelaku jahat.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.31 AM

Bishop  menyatakan juga cabaran pada masa kini adalah bagaimana untuk mengenal yang baik dan juga yang jahat. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengenal sumber kebenaran dan kebaikan iaitu Tuhan Yesus sendiri. Dalam firmanNya, “Akulah jalan kebenaran dan kehidupan.” Oleh itu, seharusnya kita mengusahakan diri untuk bersatu dengan Dia agar dikuasai dan semakin serupa dengan DiaWhatsApp Image 2017-08-17 at 10.55.30 AM

Sebab itulah setiap hari harus sentiasa berwaspada terhadap pengaruh-pengaruh yang jahat melalui sekeliling, lebih-lebih melalui kawan-kawan kita. Kawan yang baik dapat membawa pengaruh baik dan begitu juga sebaliknya. Seharusnya selalu bijaksana dan memihak kepada kebenaran. Tuhan Yesus sendirilah merupakan sumber kebijaksanaan itu. Selanjutnya Bishop memberi pesan kepada para katekumen agar tidak mensia-siakan usaha Tuhan memanggil mereka mengikuti Dia dan memihak kepada Kebenaran.

 

Article reproduced from Diocese of Keningau

Leave a Reply

error: Content is protected !!