PERAYAAN MISA SEMPENA HARI MALAYSIA

KENINGAU : Misa sempena dengan Hari Malaysia peringkat paroki KSFX telah diadakan. Misa yang diadakan pada 16 September 2017 ini disempurnakan oleh Rev. Fr Bonaventure bertempat di Gereja St.Maria Kepayan.

IMG_1545

Dihadiri oleh seramai lebih kurang 150 umat sekitar Zon Kepayan dan kedatangan umat dari sekitar Paroki KSFX.

Hari Malaysia merupakan hari memperingati dimana Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu bersatu untuk membentuk Malaysia. Tujuan Misa sempena Hari Malaysia ini diadakan adalah untuk mengungkapkan kesyukuran kepada Tuhan yang sentiasa memelihara, mengasihi dan menyertai umatNya khasnya Negara Malaysia.

IMG_1533

Kata Fr Bonaventure dalam homilinya, keharmonian sebuah negara adalah sememangnya bermula daripada diri setiap orang. Keharmonian yang tercipta dalam diri sesorang kemudiannya memimpin kepada keharmonian dalam keluarga seterusnya dalam masyarakat dan negara.

IMG_1536

IMG_1539

“Sebagai pengikut Yesus yang baik, bagi menunjukkan kekitaan dan kebaikan semua kita hendaklah sentiasa memperlihatkan tanggungjawab terhadap negara kita.” sambung Fr Bonaventure.

Pn. Bibiana Steven selaku Pengerusi Zon dan wakil Tim Ajk Penganjur mengucapkan kesyukuran keatas kesempatan dan kejayaan sambutan Misa sempena Hari Malaysia. Beliau bersyukur kerana masih dapat merayakan Misa kesyukuran yang menunjukkan negara masih dalam aman dan damai. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mengajak umat meraihkan Hari Malaysia dengan semangat solidriti, cintakan tanah air, saling menghargai satu sama lain dan bertukar-tukar pendapat.

didacus

Tidak ketinggalan, Timbalan MPP, En. Didacus dalam ucapannya membawa umat agar terus mendoakan negara agar semua rakyat tanpa mengira warna kulit dapat hidup aman damai. Beliau juga mengungkapkan penghargaan kepada Tim Ajk Penganjur.

Selepas Misa, lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dinyanyikan oleh umat-umat dihadapan gereja sambil bendera dinaikkan. Fr Bonaventure dan umat-umat dijemput dalam jamuan kesyukuran di dewan.

IMG_1557

 

IMG20170916155409

Selepas Misa, lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dinyanyikan oleh umat-umat dihadapan gereja sambil bendera dinaikkan. Fr Bonaventure dan umat-umat dijemput dalam jamuan kesyukuran di dewan.

 

Article reproduced from Diocese of Kiningau

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!