MINI KEM SANTO TARSISIUS PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU : Seramai 80 orang pelayan altar dari sekitar paroki KSFX telah mengikuti Mini Kem Santo Tarsisius Peringkat Paroki yang diadakan pada 28 – 30 November 2017 baru-baru ini di Gereja St. Joseph Minawo. Program ini dikendalikan oleh Tim Pelayan Altar Zon Minawo dengan kerjasama Tim Pelayan Altar dari KSFX. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelayan altar yang tidak berkesempatan untuk menghadiri Kem Santo Tarsisius yang diadakan di St. Peter Bundu, Kuala Penyu. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pelayan altar.

Kem ini dimulakan dengan Misa oleh  Rev. Fr Bonaventure. Beliau menasihatkan para pelayan altar agar melayani dengan sepenuh hati kerana mereka adalah orang yang paling dekat dengan paderi ataupun pemimpin ibadat semasa di altar. Sikap para pelayan altar seharusnya menjadi contoh yang boleh diteladani oleh umat khususnya semasa Misa mahupun Ibadat Sabda.

Gambar5web

Welcoming Night dari Pelayan Altar Zon Minawo kepada semua Pelayan Altar sekitar Paroki yang hadir

Grace Julian selaku Pengerusi Altar Zon Minawo mengalu-alukan kehadiran semua peserta mini Kem kali ini dalam Welcoming Night. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua AJK Pelaksana, KBK, KWK serta semua pihak yang telah membantu menjayakan kem ini.

Gambar6web

Pengerusi Pelayan Altar Zon Minawo, Grace Julian

 

Gambar3web

Malam Perdamaian

Program 3 hari 2 malam ini bertemakan “Sebuah Mezbah dalam Kehidupan, Mengubah Kehidupan”. Program diisi dengan pelbagai sesi ceramah berkaitan keperibadian pelayan altar, cabaran dan tentangan masa kini dan akan datang serta banyak lagi aktiviti berkumpulan. Walaupun pengisian yang begitu padat namun semua pelayan altar tetap bersemangat dan komited untuk mengikuti setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak Tim pelaksana.

Gambar2web

Peserta dibahagikan kepada kumpulan untuk melaksanakan Aktiviti Dalam Kumpulan

Gambar4web

Sesi Pujian dan Penyembahan

Menurut adik Callester Jasper (9 tahun) yang merupakan antara peserta termuda dalam kem ini, “Saya amat bersyukur dan merasa gembira kerana diberi peluang mengikuti kem ini. Kehadiran ke Kem ini adalah atas kehendak saya sendiri kerana saya mahu melayani Tuhan. Berjumpa dengan kawan-kawan baru adalah satu kesempatan berharga untuk saya dan menguatkan lagi semangat dan kesetiaan saya untuk melayani”– KSM

 

 

Article reproduced from Diocese of Keningau

Leave a Reply

error: Content is protected !!