Sejurus selepas minum pagi para peserta sekali lagi berkumpul untuk sesi yang seterusnya iaitu “Memberi respon kepada Injil / Ajaran Sosial Gereja Katolik.” Ajaran Sosial Gereja Katolik merupakan “best kept secret” dan kunci kepada identiti Katolik. Mesej utamanya sangat mudah iaitu “Iman kita ini adalah sosial, kita tidak boleh dipanggil benar – benar seorang Katolik selagi kita tidak mendengar seruan gereja untuk melayani mereka yang memerlukan dan perlu bekerja untuk keadilan dan kedamaian.” Tema utama seluruh Ajaran Sosial Gereja adalah CINTA KASIH! Umat gereja hanyalah sebahagian daripada karya Tuhan dan yang paling terbaik adalah apabila cinta kasih kepada Tuhan dinyatakan dan diperlihatkan dalam tanggungjawab kepada orang lain. Semua perlu bermula dengan Kristus dan berakhir dengan Kristus.
- Nyawa dan maruah setiap orang manusia
- Panggilan ke kekeluargaan, komuniti dan penyertaan
- Hak – hak dan tanggungjawab
- Mengutamakan mereka yang miskin dan tak berupaya
- Maruah pekerjaan dan hak-hak seorang pekerja
- Kesesamaan (Solidariti)
- Jagaan kesemua ciptaan Tuhan (Laudato Si’)
Paroki Lahad Datu |
Paroki Beluran |
Paroki Tawau |
Paroki Sandakan |
Paroki Telupid |
Misi Paitan |
Sesi terakhir untuk retret “Pemuridan dan Misi” adalah “Kepimpinan yang rendah hati (seakan seorang hamba). Fr. Alvin telah mengongsikan Teologi Gembala Baik dalam sesi ini. Sebagai permulaaan sesi, satu video klip ditayangkan. Video klip itu menunjukkan seorang peribadi yang membantu orang – orang disekelilingnya tanpa mengira keadaan dan masa, termasuk tumbuh – tumbuhan dan haiwan. Bantuan yang diberikan hanya sederhana tetapi telah memberikan impak yang besar kepada mereka yang dibantu. Orang yang membantu itu tidak terkenal, tetapi dia berasa gembira apabila dapat melayani mereka.
Fr. Alvin juga turut menjelaskan metafora berkenaan kambing yang diangkat oleh gembala di bahunya. Seekor kambing biri – biri yang tercedera atau terjatuh itu tidak boleh disentuh kerana ia akan menendang sesiapa sahaja yang menyentuhnya. Maka gembala tersebut perlu menanti sehingga kambing itu lemah barulah dia dapat mengangkatnya dibahunya dan membawa ia pulang.
Bila dalam kesusahan, sering kali kita berdoa dan merasakan Tuhan tidak menjawab, ini mungkin disebabkan kita masih terperangkap dalam permasalahan dan prasangka masing – masing, maka Tuhan memberi masa sehinggga kita benar – benar lemah agar kita boleh menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Sesi diteruskan dengan mengajak semua orang untuk menjadi gembala yang baik dengan mengikuti empat perkara seperti berikut:
- Setiap ministri perlu jelas tentang apa yang perlu dicapai dan apabila ada ahli yang tidak faham, pastikan mereka juga difahamkan sejelas – jelasnya.
- Kenali ahli tim yang sedia ada dengan baik – Interpersonal Skills sangat di perlukan dan mencari tenaga dan semangat!
- Sekiranya anda memerlukan kecekapan yang baru, cuba untuk melihat bakat – bakat di dalam atau di luar ministri; bila sudah temui orang itu ambil peluang itu.
- Jangan takut untuk melepaskan mereka yang kecekapannya tidak sesuai dengan apa yang kamu perlukan, namun berikan masa untuk mencari tempat untuk mereka.
Article reproduced from Diocese of Sandakan