KENINGAU – Perayaan Ekaristi sempena dengan pemberkatan sebuah Gereja Katolik stesen luar Paroki KSFX iaitu Gereja Bonda Maria Dari Fatima, KUK Kilugus telah diadakan. Perayaan ini disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong pada 09 Disember 2017.
Seramai lebih kurang 150 umat telah menghadiri Misa Kudus ini di KUK Kilugus. Gereja ini dahulunya dikenali sebagai Gereja St. Markus Kilugus.
Perayaan Ekaristi diawali dengan pemberkatan Bangunan Gereja Oleh Bapa Uskup bersama YB Datuk Ellron Angin, UPPM Charles Ikang serta rombongan, Pengerusi MPP Puan Stella Kinsik, Pengerusi Zon, Pengerusi KUK, Katekis dan umat sekitar Zon Minawo.
Uskup dalam renungan singkatnya menyentuh mengenai musim Adven, dimana umat sering kali dalam kesibukan persiapan perayaan Natal bagi mempersiapkan diri untuk Tuhan, Para Karoles juga sibuk dengan karoling bagi mewartakan kabar gembira. Uskup juga mengajak umat untuk berbelas kasih dengan Tuhan serta bergembira menunggu kedatangan Tuhan. Beliau juga bersyukur kerana umat Kuk Kilugus amnya mendapat Gereja yang baru siap dibina.
Uskup juga menyelitkan tiga pesan dalam ucapannya. Sebagai umat, haruslah berbangga menjadi pengikut Kristus kerana Kristus adalah jalan menuju kepada Bapa di Syurga. Yang kedua, menjalankan misi sebagai saksi Kristus setelah melalui pembaptisan dan sudah mengenal Yesus. Ketiga, membina perhubungan melalui firmanNya terutama dalam teknologi sekarang ini yang memudahkan lagi mendengar Firman Tuhan dalam penggunaan media sosial melalui Kopi Rohani, Fresh Juice dan Embun Guadete bagi menegakkan keimanan.
Setelah perayaan Ekaristi selasai acara simbolik dilakukan oleh YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong yang disaksikan oleh YB Datuk Ellron Angin untuk menanam pokok Pinang sempena nama Kampung tersebut dalam bahasa Dusun iaitu Kilugus(Pinang). – Tadius Kilip
Article reproduced from Diocese of Keningau