Hari yang kedua YLC 6 telah membawa peserta untuk melihat keperibadian mereka sebagai manusia yang penuh dengan cabaran dan kebahagian hidup. Sesi – sesi yang mereka lalui diharap dapat membantu mereka untuk menemui semula diri mereka dan membaharuinya agar dapat diperteguhkan dalam sesi serta aktiviti pada hari yang ketiga dengan bertemakan “MARIA”. Pada hari ketiga, para peserta akan dikongsikan tentang keperibadian Bonda Maria dan apa yang boleh dipelajari dari sesi – sesi sepanjang hari.
Misa harian yang diselebrankan oleh Rev. Fr. David Garaman, Penasihat Rohani bagi Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan dan Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan merupakan pembukaan pada hari yang ke tiga. Di dalam homilinya, Rev. Fr. David bertanyakan kepada peserta sekiranya ada terdapat perubahan selepas mengikuti program – program belia, mengongsikan cerita orang bisu dan pekak yang hidup di dalam dunia mereka sendiri sebab tidak dapat berkomunikasi secara normal. Akan tetapi apabila mereka disembuhkan , mereka mempunyai kegembiraan yang luar biasa. Rev. Fr. mengajak para peserta untuk merenung kembali panggilan untuk melayani. Ada yang berhadapan dengan situasi tim belia berpecah di depan mata tapi masih memilih untuk terus menjadi SI BISU DAN SI PEKAK. Maka dengan itu belia perlu menerima kesembuhan dengan menyahut panggilan menjadi pemimpin walaupun banyak dugaan.
Sesi pertama mengajak peserta untuk mengupas dan merenung tema YLC 6 iaitu Lukas 1:30 “Jangan takut, Maria, Kerana Allah Berkenan Kepada mu.” Tema YLC 6 ini telah diperkongsikan kepada peserta dengan melanjutkan petikan dari Lukas 1:30 sehingga 33. agar dapat memahami apa yang ingin disampaikan dalam tema itu. Terdapat 8 kata kunci utama yang telah ditekankan seperti berikut:
- Jangan takut,
- Allah berkenan kepada engkau,
- Engkau akan mengandung,
- Yesus, Dia akan menjadi agung (penting),
- Akan disebut anak Allah yang Maha Tinggi,
- Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja,
- Yesus akan memerintah (umatnya),
- Kerajaan-Nya takkan berakhir
Berdasarkan kepada kata kunci ini, Rev. Fr. David mengulas bahawa menjadi seorang pemimpin itu bukan sesuatu yang mudah. Namun jangan takut untuk berani menyahut panggilan itu kerana Allah tidak pernah silap untuk memanggil dan memilih orang untuk mengerjakan misi – Nya. Maka setiap belia perlu menjadikan Yesus yang terutama dalam setiap hal dalam kehidupan sebagai seorang yang melayani.
![]() |
“Kita akan menjadi sempurna apabila Allah melihat wajah-Nya didalam kamu.”
~ Rev. Fr. David Garaman ~ |
Selesai sahaja sesi, peserta diajak untuk memperkongsikan perasaan mereka mendengar sesi tersebut, apa yang menyentuh dan apakah jemputan Tuhan bagi mereka dalam kumpulan kecil. Sesi perkongsian telah dimulakan dengan doa dan lagu ‘yang Terutama’.
Peserta kemudiannya disajikan dengan aktiviti melalui Team building yang difasilitasikan oleh saudara Ricky @ Arturo Teneros, merupakan salah seorang pemimpin belia Di St Dominic, Lahad Datu dan pernah melayani sebagai salah seorang ahli Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan.
![]() |
Rikkie Teneros sedang mengongsikan kepentingan kesatuan sebagai satu pasukan |
Untuk aktiviti Team Building yang pertam, peserta di minta untuk berbaris dalam 3 barisan mengikut penglibatan mereka dalam YLC 1, YLC 2, YLC3, YLC 4, YLC 5 dan YLC 6. Ternyata 80% peserta yang mengikuti YLC 6 adalah wajah – wajah baru. Disini mereka, diminta untuk menyampaikan empat pergerakkan kepada setiap seorang ahli dalam kumpulan secara satu persatu. Mereka diberikan 10 saat untuk menyampaikan empat pergerakkan itu kepada seoang ahli dan penyampaian tersebut akan disampaikan sehingga orang yang terakhir.
Diakhir aktiviti, ketiga – tiga orang terakhir bagi setiap kumpulan gagal menerima empat pergerakkan yang telah diberikan pada orang yang pertama. Pengajaran bagi aktiviti ini adalah, pemimpin lama perlu membimbing belia – belia masa kini untuk menjadi pelapis pemimpin belia gereja agar ajaran Yesus akan tetap diteruskan sehingga pada akhir zaman.
Selesai aktiviti peserta mengekpresskan perkongsian mereka dengan melukis. Lukisan itu akan digunting dan dijadikan seperti jigsaw puzzle untuk digunakan untuk sesi ‘MARIA’ di waktu petang.
Diwaktu petang, sekali lagi peserta dibawa dalam aktviti Team Building yang kedua. Setiap peserta di minta untuk menutup mata dan berdiri berasingan dari teman – teman yang lain. Beberapa peserta yang dipilih secara rawak telah diberikan arahan yang khusus iaitu membuat segi tiga tapi dengan mata yang tertutup.
Bermacam – macam gelagat peserta dapat dilihat melalui aktiviti ini. Ada yang duduk sebab menunggu, ada yang mengambil keputusan untuk terus senyap dan berdiri, ada yang mencari inisiatif untuk mencari teman – teman dan mengabung tangan untuk dijadikan segi tiga dan semuanya dilakukan dengan mata yang tertutup. Suasana pada mulanya sunyi, lama – lama menjadi bising apabila, masing – masing bersuara mencari kawan yang lain, malah ada yang memberikan cadangan kepada penyelesaian. Manakala yang segelintir peserta tetap tekad untuk tidak bergerak dan duduk sahaja.
Saudara Rikkie kemudiannya mengajak para peserta untuk merenung bersama pengalaman yang dialami dan mengongsikannya sebagai satu paroki. Ini dapat membantu belia sebagai satu paroki untuk lebih mengenal pasti kelemahan yang ada dan memperbaikinya apabila melayani bersama sebagai belia paroki / Misi Paitan.
Hari ketiga diteruskan dengan Sesi ‘MARIA’ yang telah disampaikan oleh Puan Eve Siruno. Beliau merupakan Kordinator bagi Komisi Keluarga Keuskupan dan melayani sepenuh masa dalam Tribunal Gereja Keuskupan.
Diawal sesi, Puan Eve menceritakan pengalaman hidupnya dengan Bonda Maria. Beliau juga mengongsikan bagaimana untuk menjadi rasul Yesus, dia perlu terlebih dahulu menjadi seorang murid. Menjadi murid Yesus tidak mudah. Maka dengan itu memerlukan:
- Kerendahan hati (humility)
- Mengikuti (to follow)
- Belajar (learn-do not stop)
- Mematuhi (to obey)
- Menyesuaikan diri dengan kehendak Tuhan (Guru)
- Meniru guru (to imitate the Master)
- Untuk menjadi sang murid memerlukan masa
- Memerlukan doa dan meditasi
Dalam sesi ini peserta dikongsikan bagaimana untuk menjadi murid Yesus dengan menggunakan konsep GPS iaitu God Positioning System. Ini agar seseorang itu akan mengetahui kedudukan di dalam panggilan, peranan Tuhan dalam panggilan dan mengetahui apa yang Tuhan lakukan disepanjang pelayanan mereka.
![]() |
Walk in the Path that I have mark for you ~ God |
Maka oleh itu sangat sangat penting untuk terus kekal berhubung dengan Tuhan dengan cara berdoa (Saya berkomunikasi dengan Tuhan) dan membaca alkitab (Tuhan berkomunikasi dengan saya.) Kekalkan berhubung dengan Tuhan agar dapat dibimbing, agar dapat melihat gambaran yang besar Tuhan sedang rancangankan dan untuk mendapatkan galakan dan inspirasi.
Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah. Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.
ROMA 8:28 -29
Sukar untuk dibayangi bagaimana Maria dengan penuh kepercayaan kepada Tuhan mengatakan ‘ya’ kepada Tuhan untuk menjadi ibu kepada seorang raja yang akan mati untuk manusiawi. Bonda Maria tidak tahu apa akan berlaku kepadanya mahu pun anaknya, Yesus apabila dia menerima misi kudus ini. Akan tetapi dia merelakan segalanya terjadi dan disaat kesakitannya melihat Yesus disabit, dipukul, dihina dan diludah, Bonda Maria tetap kuat, merendahkan hatinya untuk terus percaya dan setia kepada kehendak Tuhan. Ciri – ciri ini yang perlu belia pelajari dari Maria seorang yang teguh untuk terus percaya dan setia kepada Tuhan meskipun banyak dugaan dan cabaran yang akan melanda.
Hari ketiga diakhiri dengan doa Taize. Doa Taize ini dimulakan denga perarakan masuk Bonda Maria ke hadapan sambil diiringi oleh tim panganjur dengan cahaya lilin dan nyanyai lagu ‘Breathe of Heaven’ yang dinyanyikan oleh Saudari Felsa May. Doa taize pada malam itu membawa peserta untuk terus merenung akan pengalaman mereka disepanjang hari yang bertemakan ‘MARIA’ dan bagaimana keperibadian Bonda Maria mengajar peserta untuk terus percaya dan setia kepada kehendak Tuhan. Satu klip video juga dipertontonkan yang bertajuk “Mary did You Know?”.
![]() |
Peserta membuat surat ‘Dari Tuhan untuk Saya’ |
![]() |
Peserta dari Paroki Telupid membantu dalamDoa Taize |
Semasa doa Taize dijalankan peserta dijemput untuk menulis surat dari Tuhan untuk diri mereka. Seolah – olah Tuhan yang menulis surat kepada mereka dan menyerahkannya serta mendoakan apa yang mereka tuliskan kepada Tuhan. Doa Taize kemudiannya ditutup dengan doa permohonan dan Doa Bapa Kami serta lagu – lagu Taize.
- Untuk memberi kesempatan kepada peserta agar dapat mengalami perjalanan sejarah keselamatan Israel.
- Agar peserta dapat menemui diri mereka melalui stesen – stesen yang disediakan.
- Untuk membantu para peserta meneydari betapa besar kasih Allah terhadap orang zaman dulu dan mampu menghubungkan kasih Allah ini kepada diri mereka sendiri terutama sekali kehidupan mereka.
![]() |
Stesen Pertama: Orang Israel di Tindas di Mesir |
![]() |
Stesen Dua: Musa di utus Tuhan |
![]() |
Stesen Tiga: 10 Tulah |
![]() |
Stesen Empat: Bencana Air menjadi Darah |
![]() |
Stesen Lima: Kebuluran di Padang Gurun |
![]() |
Stesen Enam: Menyeberangi Laut Merah |
![]() |
Stesen Tujuh: Penantian selama 40 hari di padang Gurun |
![]() |
Stesen Lapan: Bapa Iman; Bapa Abraham |
![]() |
Stesen Sembilan: Yoshua dipilih untuk memimpin orang Israel ke tanah Perjanjian |
![]() |
Stesen 10: Tanah Perjanjian |
Selepas rehat para belia dikumpulkan dengan Time of Life pada jam 11.00 pagi dan diikuti dengan perkongsian kumpulan berdasarkan kepada pengalaman mengharungi aktiviti EXODUS. Ramai dikalangan peserta merasa dicabar terutama sekali aktiviti yang dilakukan pada jam 3.00 pagi. Banyak karenah yang kelihatan dan keluhan kedengaran semasa melakukan aktiviti ini.
![]() |
Antara belia – belia yang tampil ke hadapan untuk mengongsikan pengalaman mereka semasa aktiviti EXODUS |
- Hidup Rohani dan Peribadi
- Hubungan dengan sesama (Keluarga. kawan – kawan)
- Mission / Studies / Work
- Physical and Material Well Being
![]() |
Saudari Roselinah Francis – “Listen to your Life” |
![]() |
Personal Development Plan |
Setelah selesai mengimbas kembali kehidupan disepanjang 2017, para peserta mengongsikan penemuan mereka dalam kumpulan kecil. Aktiviti seumpama ini sangat membantu terutama sekali menilai dan melihat semula kehidupan yang dilalui sepanjang 2017. Mereka menemukan perkara – perkara yang perlu diperbaiki seperti berdoa, mempunyai masa untuk keluarga dan diri sendiri, perlu punya keseimbangan antara diri sendiri, pelayanan, pekerjaan dan pembelajaran. Kesihatan juga perlu dijaga dan akhir sekali lebih bijak dengan urusan kewangan. Selesai perkongsian dan minum petang, peserta bersiap sedia untuk misa harian.
Misa harian dihari kedua telah dirayakan oleh Rev. Fr. Sunny Chung, Pembantu Paroki Holy Trinity, Tawau. Dalam homilinya, beliau mengingatkan bahawa Yesus tidak dapat disembunyikan jika iman dihidupi di dalam diri. Peserta juga diingatkan untuk merendahkan diri dihadapan Tuhan kerana mereka tidak mempunyai apa – apa, akan tetapi di dalam Yesus dan melalui-Nya, hidup akan lebih bersinar dan bermakna. Beliau juga menjelaskan bahawa perlu untuk berdoa bersungguh – sungguh dan jangan sambil lewa kerana doa dan perbuatan tidak boleh dipisahkan. Selesai misa, para peserta menjamu makan malam bersama – sama di kantin Holy Trinity, Tawau.
![]() |
Rev. Fr. Sunny Chung sedang menyampaikan homili |
Sesi Personal Development Plan diteruskan dengan mengajak para peserta, untuk membuat Vision Board berdasarkan kepada penemuan yang mereka temui di sesi petang tadi. Vision Board adalah satu aktiviti dimana peserta akan membuat visi peribadi; peribadi yang bagaimanakah ingin mereka jadi pada akhir tahun 2018?
Vision Board mereka adalah hasil daripada guntingan gambar atau ayat yang secara kreatif menunjukkan visi peribadi mereka.
![]() |
Para peserta dengan Vision Board masing – masing |
Amat penting sekali bagi para peserta diberi ruang untuk mengongsikan pengalaman dan harapan mereka dalam membuat visi peribadi agar mereka diteguhkan dan disokong oleh teman – teman sepelayanan. Sesi Personal Development Plan ini di akhiri dengan klip video 5 loaves and 2 fishes nyanyian Corina May. Segala pengalaman yang diperolehi disepanjang hari kedua ini dibawa dalam Adorasi, saat bersama Yesus sebagai tanda syukur.
Article reproduced from Diocese of Sandakan