KEUSKUPAN SANDAKAN – Puji dan syukur kepada Tuhan, Keuskupan Sandakan telah merayakan ulang tahunnya yang ke – 10 tahun pada 17 – 18 Oktober 2017 di Paroki Holy Trinity, Tawau. Dalam hari yang bersejarah itu juga Visi dan Misi Keuskupan Sandakan telah dilancarkan. Sememangnya perjalanan 10 tahun itu tidak mudah dan penuh dengan liku – liku perjalanan. Namun kegigihan dan semangat pimpinan Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, para paderi, para religus dan pemimpin – pemimpin umat awam dan kesatuan umat gereja, Keuskupan Sandakan berkembang menjadi Keuskupan yang membangun seperti ‘bunga yang berkembang mekar’. Dengan ini para pemimpin belia di Keuskupan Sandakan ingin mengambil kesempatan untuk memberi ucapan selamat dan harapan sempena ulang tahun Keuskupan yang ke – 10.
Bertram Lansing |
Syukur puji Tuhan dan ucapan tahniah kepada Bapa Uskup Julius Dusin, para paderi, religious dan umat awam atas kewujudan Keuskupan Sandakan yang telah mencecah usia 10 tahun. Di dalam perjalanan Iman selaku umatNya, kita perlu banyak mengambil masa untuk merancang, melaksanakan serta menilai perjalanan pelayanan kita. Perayaan ulang tahun merupakan satu kesempatan untuk rahmat itu. Syabas dan tahniah atas segala usaha-usaha pastoral yang membantu umat lebih mengenal, mengasihi dan mentaati Tuhan Yesus. Dengan terbinanya bangunan Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan, maka tentu sekali usaha-usaha pastoral untuk membangunkan Iman umat awam akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Tahniah dan Puji Tuhan. “Melayani Sesama Dengan Kasih Allah”. – Bertram Lansing. – Telupid
Victoria Yam |
Saya mengucapkan Selamat Ulang Tahun Keuskupan Sandakan yang ke-10 tahun. Dengan penuh rasa sukacita, syukur Tuhan kerana akhirnya keuskupan kita kini memiliki Visi dan Misi, di mana Visi dan Misi ini merupakan hasil kerjasama daripada semua komiti dari semua paroki. Diharapkan dengan adanya Visi dan Misi ini, matlamat dan tujuan pelayanan keuskupan akan lebih fokus. Seterusnya, saya berharap agar lebih ramai belia akan terpanggil untuk menjadi religus dari keuskupan ini. Akhir sekali, tahniah kerana kita dapat meraihkan hari keuskupan pada tahun ini dengan penambahan 1 paroki iaitu paroki Our Lady Of Fatima, Beluran. – Victoria Yam. – Lahad Datu
Esther Albert Alim dan Keluarga |
Syukur kepada Tuhan dan tahniah kepada Keuskupan Sandakan atas ulang tahun penubuhan yang ke-10. Saya bermigrasi ke keuskupan ini pada Disember 2007. Saya menyaksikan banyak perubahan baik dalam “pertumbuhan” Keuskupan Sandakan dalam 10 tahun ini. Selama 10 tahun ini, saya sangat bersyukur dan terasa diberkati dengan perjalanan saya ke “Emaus” bersama rakan pemimpin belia yang baru saya kenali masa itu dan kemudian saya menemui lebih ramai kawan dalam pelayanan ini. Dalam perjalanan saya ini, secara peribadi telah banyak mengubah saya kepada yang lebih baik. Perubahan ini menambah kekuatan dalam diri saya untuk terus dan terus melayani. Hal ini sangat jelas saya rasai apabila saya memilih untuk “terlibat” dalam pembangunan Keuskupan Sandakan sebagai salah seorang pemimpin belia kerana saya sangat tersentuh dengan “karan Yesus” yang tidak pernah padam dan saya jadikannya sebagai moto “karan tatap marak”. Saya berharap agar saya dan semua umat Katolik di Keuskupan ini agar benar-benar menghidupi Visi dan Misi Keuskupan supaya memberikan impak yang baik kepada semua komuniiti. Tahniah sekali lagi Keuskupan Sandakan atas ulang tahun yang ke-10. – Esther Albert. – Tawau.
Gregory Michael Harumal |
Selamat Ulang tahun keuskupan yang ke 10 buat Keuskupan Sandakan. Semoga umat dan belia di Keuskupan Sandakan ini akan terus bersatu dan melayani sesama dengan cinta kasih. A Blessing for Diocese of Sandakan for this faithful journey – Gregory M.-Tawau
Christina Lasius |
Shalom dan salam damai semuanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Keuskupan yang ke-10. Syukur dan puji Tuhan, 10 tahun telah berlalu dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi bersama di dalam pelayanan. Dengan penuh harapan, semoga keuskupan Sandakan dengan pimpinan Uskup Julius Dusin Gitom serta para umatnya akan sentiasa seiring berjalan bersama sebagai sebuah keluarga besar dalam Kristus. Semoga melalui curahan Roh kudus dan berkat Tuhan, keuskupan Sandakan akan sentiasa berdiri teguh bersama para gembalaNya. Tuhan memberkati. Amen. – Christina Lasius. – Beluran
Martinus Simon |
Selamat ulang tahun yang ke-10 untuk keuskupan Sandakan kita. Sedar tidak sedar, 1 dekad sudah kita bernaung, melayani, merayakan misa, bekerja dan meneruskan misi Kristus bersama-sama sebagai satu keuskupan di keuskupan Sandakan. Saya percaya, kita semakin kearah perkembangan sebuah keuskupan secara sederhana dan yang paling penting, perjalanan keuskupan kita adalah seturut dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Bapa kita sendiri. Sebagai salah seorang anak muda dalam keuskupan ini, saya berharap agar saya dapat berkhidmat dan melayani secara berterusan untuk memenuhi Visi dan Misi keuskupan yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Sementara itu, harapan saya juga agar lebih ramai lagi anak-anak muda yang berkeinginan dan suka untuk menyahut panggilan bersama-sama sebagai satu komuniti keuskupan bagi melayani demi kemulianNya. Bersama Bonda gereja, marilah kita bersama-sama memanjatkan pertolongan kepada Bonda Maria demi kekudusan dan Misi keuskupan kita. Semoga Tuhan mendampingi kita semua. – Martinus Simon – Lahad Datu
Paulus Kopong |
Salam damai dalam kasih Kristus saya Paulus Kopong mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun Keuskupan Sandakan yang ke-10 buat Yang Mulia Bapa Uskup kita Datuk Julius Dusin Gitom, para paderi, para sister, katekis, tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) yang berjalan bersama saya dan semua umat khususnya yang berada di keuskupan ini. Sepuluh tahun bukanlah perjalanan yang mudah, sudah pasti ia penuh dengan cabaran, suka dan duka. Namun semua itu adalah beban yang manis. Semoga dimasa hadapan, Keuskupan Sandakan lebih maju bukan saja dalam aspek pembangunan tetapi juga dalam aspek kerohanian dan semoga banyak peribadi-peribadi yang dipanggil untuk menjadi saksi terang kristus di dalam pelayanan. Tidak lupa juga buat semua belia yang berada di Keuskupan Sandakan ini, mari kita semua menjadi agen pembaharuan dan duta-duta kecil bagi kristus dengan menjadikan Firman Tuhan sebagai panduan kita. Tuhan memberkati kita semua. Amen. -Paulus Kopong – Beluran
Herry Francis Kamuntah |
Shalom dan Salam Kasih Kristus kepada semua. Tuhan itu baik dalam segalanya dan 10 tahun kewujudan keuskupan kita membuktikannya sekali lagi. Dia tidak pernah tidak bersama dengan kita. Keindahan keuskupan kita adalah dalam kepelbagaian kita, sungguhpun terdiri daripada pelbagai bangsa tetapi tetap satu dan kuat sebagai umat Katolik. Melihat kepada segala yang telah kita capai dan lalui dalam tempoh 10 tahun ini dan menjadi sebahagian daripada semuanya adalah satu berkat yang amat besar. Semoga tahun-tahun yang mendatang membawa lebih banyak berkat buat dkeuskupan kita. Christ is always on a mission and so should we. God bless and to God be the glory!!! – Herry Francis Kamuntah – Tawau
Fettwinda Sipaan |
Shalom. Tahniah dan Puji Tuhan atas ulang tahun ke-10 Keuskupan Sandakan. Secara peribadi, saya berasa sangat bersyukur, bertuah dan diberkati kerana berpeluang menjadi kepingan yang terpanggil untuk berjalan bersama semasa dalam proses pembentukan Visi dan Misi keuskupan secara tidak langsungnya. Harapan saya setelah 10 tahun penubuhan Keuskupan Sandakan, semoga semua umat dalam kalangan pelbagai komuniti berani untuk menyahut panggilan melayani bersama secara bersungguh-sungguh serta melibatkan diri dalam pelbagai program yang dijalankan untuk membentuk dan melahirkan umat yang benar-benar menghidupi Visi dan Misi Keuskupkan Sandakan. Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-10. Tuhan Memberkati. -Fettwinda Sipaan – Telupid.
Alfian Muering |
Syukur dalam nama Yesus kerana Keuskupan Sandakan sudah mencapai umur 10 tahun. Banyak perubahan yang berlaku selama 10 tahun ini. Banyak kapela-kapela baru yang telah dibuka di dalam ladang (estet) bagi memudahkan umat kita yang bekerja jauh dari paroki untuk beribadat dan paling mengembirakan apabila muncul lagi sebuah paroki baru di dalam Keuskupan Sandakan iaitu paroki Beluran. Semoga perkembangan iman terutama orang muda sentiasa bertambah terutama dalam menyahut panggilan Tuhan sebagai alat-Nya. -Alfian Muering – Lahad Datu
Philippa Philip |
Selamat hari ulang tahun yang ke-10 buat Keuskupan Sandakan. Syukur dan puji Tuhan atas segala rahmat yang telah diberikan kepada kita semua sepanjang 10 tahun ini. Lebih-lebih lagi tahun ini, visi dan misi Keuskupan Sandakan telah pun terbina. Saya berharap agar semua komuniti sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain, sentiasa berjalan bersama serta melayani sesama dengan cinta kasih Allah. Tuhan memberkati.-Philippa Philip – Tawau
Airene Anne Gumanas |
Syukur dan puji Tuhan! Keuskupan Sandakan merayakan ulang tahun yang ke 10. Saya merasa bersyukur kerana dapat membesar di Keuskupan Sandakan sehinggalah hari ini. Keuskupan Sandakan sangat unik kerana para umat khususnya belia-belia Keuskupan Sandakan datang dari pelbagai latar belakang, suku dan bangsa. Harapan saya sebagai salah seorang pemimpin belia di Keuskupan Sandakan, saya berharap dan mendoakan agar semua umat di Keuskupan Sandakan khususnya para belia, dapat mempertahankan Iman Katolik yang diimani sehinggalah ‘dipanggil ke Rumah Bapa’. Untuk bersaksi bagi Yesus terutama sekali di zaman millennium ini, bukanlah mudah. Ia memerlukan kekuatan dalaman dan keyakinan diri untuk berani ‘menjala ke laut yang dalam’. Saya berharap agar semangat dan jati diri untuk terus melayani di Keuskupan Sandakan tidak akan pernah pudar tapi percaya bahawa pengharapan itu selalu ada, kini, sekarang dan selamanya. Marilah kita gunakan peluang melayani bersama dengan Bapa Uskup, para Paderi, para Religius, saling menyokong dan berjalan bersama serta mengaktifkan talian jaringan antara Paroki di seluruh Keuskupan Sandakan agar sama-sama merealisasikan visi dan misi Keuskupan kita. Tuhan memberkati! – Airene A. Gumanas – Sandakan
0 tahun sudah Keuskupan Sandakan! Praise the Lord! It was not an easy road yet God had promised that He will journey with us till the end of time. It has been a great privilege to be part of the Diocese, especially being in the ministry for the young people. I am so honored to have serve side by side with an amazing leaders to share, to spread and to be the light of Christ to those who are need. I thank God for the gift of our Bishop, the strongest of heart and faith in shepherding his people in the Diocese. And I know it is not easy to be ‘him’. But no worries Bishop, WE ARE HERE to serve with you, together with our fellow priest, religious, church leaders and with the guidance of the Holy Spirit, we will journey side by side with you as our leader to build the Kingdom of God here in this Diocese! Blessed 10th Anniversary Diocese of Sandakan! – Anna Teresa Peter Amandus – Sandakan.
Article reproduced from Diocese of Sandakan