Misa hari kedua unite camp yang dirayakan oleh Rev Fr Stanley William
Hari kedua dimulakan dengan Misa kudus yang diselebrankan oleh Fr. Stanley William. Dalam homili, beliau telah menekankan tentang iman seorang kristian serta menyatakan bahawa “iman tanpa perbuatan adalah mati”. Beliau juga membawa para peserta untuk berfikir bahawa adakah “iman mereka begitu kukuh untuk mengikuti Tuhan Yesus?”. Selain itu, beliau menyeru agar sentiasa berdoa untuk iman kristiani dan mengenal antara satu sama lain dalam Unite Camp ini agar dapat menyebarkan cinta kasih-Nya bersama di tempat masing-masing.
Rev. Fr. Stanley menyampaikan sesi
Sesi Mother Mary and Rosary membawa para peserta lebih mengenali Bonda Maria. Beliau menyeru agar semua peserta membaca buku-buku ajaran gereja kerana semua terkandung di dalam dokumen-dokumen ajaran katolik. Jika kita bercakap mengenai Bonda Maria, terdapat empat perkara yang amat penting yang perlu diketahui oleh semua. Perkara pertama iaitu ajaran Bonda Maria(Divine Motherhood). Beliau menyeru semua agar membaca konsili Efesus 4-1 dan konsili Kaunsedon 451. Kedua, Bonda Maria keperawanan Abadi yang membawa maksud Bonda Maria adalah tetap suci kerana dia melahirkan Tuhan Yesus melalui kuasa Roh Kudus. Ketiga, ialah dikandung tanpa dosa. Ajaran Bonda Maria yang terakhir ialah Bonda Maria diangkat ke syurga yang bermaksud Bonda Maria tetap menjadi perantaraan bagi kita semua. Seterusnya ialah mengenai sejarah doa Rosari. Asal usul doa Rosari tidak dapat ditentukan secara jelas. Ia terjadi mengikut tahap demi tahap dan digunakanya butir-butir sebagai alat bantu doa serta tradisi sejak zaman gereja awal. Pada abad pertengahan, butir-butir tersebut dipakai untuk menghitung doa Bapa Kami dan Salam Maria di biara-biara. Struktur doa Rosari berkembang pada abad ke-12. Pada waktu itu 50 doa Salam Maria dihubung kait dengan Mazmur untuk memperingati kehidupan Tuhan Yesus dan juga Bonda Maria dan pada abad ke-16 terbentuklah doa Rosario yang terbahagi kepada 5 dekad dan 3 peristiwa iaitu gembira, sedih dan mulia. Pada tahun 1221 Santo Dominic telah memperkenalkan doa Rosario kepada kita umat Katolik.
Sesi 2 iaitu “Kerana Allah yang mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar padaku,Namanya adalah kudus” yang disampaikan oleh Rev Fr David Garaman. Bapa suci Fransiskus di dalam pesanannya mengatakan kepada para muda-mudi agar sentiasa maju, harus sentiasa ke depan dan jangan memikirkan peristiwa-peristiwa yang lalu tetapi menjadi berani untuk masa depan sebagai belia-belia dan sikap berani yang mempunyai pengharapan hidup kita boleh ditemui di dalam diri Bonda Maria.
Perkongsian secara berkumpulan mengenai pesanan Bapa Suci baru-baru ini sempena hari belia sedunia yang ke-32
Perbincangan 5 pekara dalam pesanan Bapa Suci dalam kumpulan
Sing along
Sesi 3: Maria sebagai model iman dan murid yang sebenar
Di dalam sesi ketiga yang disampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh, Fsic telah menayangkan sebuah video mengenai Bonda Maria dan diikuti dengan sesi perkongsian selepas itu. Tayangan video ini menceritakan bagaimana Bonda Maria menjadi seorang ibu serta kehidupan Bonda Maria yang memberi gambaran kepada kita tentang imanNya.
Taklimat dan penerangan mengenai Team Dynamic(Game) yang disampaikan oleh Saudara Arjohn
Zumba bersama sebelum game dimulakan
Team Dynamic(Games)
Malam perdamaian yang dipimpin oleh Sr.Lilian Unsoh Fsic
Diakhiri dengan pengumuman dan doa malam serta menulis sebuah doa pada sebuah kertas berbentuk hati untuk diletakkan pada pray station
Article reproduced from Diocese of Sandakan